»

Road Users

Saturday, 26 March 2011

Earth Smile :) With Love

Hello people :)

Entry kali ni berkenaan dengan Earth Hour yang baru je berlaku malam semalam . Rasanya ramai dah tau pasal program ni . Earth hour ni diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dunia tentang perubahan iklim seperti pemanasan global yang berlaku pada bumi . Kalau nak tau , Earth Hour ni di sambut pada hari Sabtu terakhir dalam bulan March pada setiap tahun , di mana masyarakat sedunia di seru untuk menutup suis lampu di rumah dan semua peralatan eletrik selama satu jam bermula pada 8.30 malam.




Sejak program ni di perkenalkan pada tahun 2007 , masyarakat dan komuniti mula sedar tentang tindakan yang perlu di lakukan bagi menghentikan perubahan iklim yang berlaku pada bumi ini . Hampir segenap masyarakat menyokong kempen ini dalam usaha mengurangkan pembebasan karbon di planet bumi . Negara negara maju turut menyokong kempen ini , dimana bangunan bangunan besar dan mercu tanda dunia turut sama memadamkan lampu bangunan mereka .


Tengok ni , bandar Sydney pun sokong Earth Hour :D



Eiffel Tower

Kuala Lumpur pun sama :D Agak agak i-city pun bergelap jugak tak ?

Walaupun Earth hour ni diadakan sekali setahun , tapi kita sebagai warga bumi seharusnya menerapkan rasa sayang dan cinta terhadap bumi kita dalam diri setiap hari . Jangan pulak kita sibuk sibuk sambut Earth Day ni tapi hari hari lain kita dok leka dengan bumi kita ni , buang sampah merata rata , tarah bukit sana sini , dan mencemarkan sungai kita . Tak guna lah kalau kita berhasil kurangkan pemanasan global tapi sungai dan bumi kita masih tercemar gara gara kelalaian manusia . Ingat tu :)


p/s : I just bought a scribble tee with Earth smile with love
quote printed on it at F.O.S last week . So glad to have it :D