»

Road Users

Friday, 22 April 2011

JB vs artis korea :D

Anneyong haseyo :)



Kenal siapa ni ? Mestilaa korang kenal kan . Tipu laa kalau cakap tak kenal . Alaaa Justin Bibir Bieber . . Hehe ( Sorry beliebers :P ) Sekarang ni setiap kali online tak kesah la dekat facebook , blog , twitter ( dah jarang on twitter heheh ) mesti ada je nama Justin Bieber ni . Bersepah merata rata . Semalam woo concert diaa . Kehkeh . Kenapa ehh ramai yang suka mamat ni ? Rata rata perempuan lah yang suka dia . Dulu masa famous amous lagu Baby tu aku minat jugaklah kat dia ni . Tapi sejak aku terbaca kisah fantasi s** terus tak minat dah dia . Layan gitu gitu boleh lah . Err aku tak minat , tak bermakna aku menyampah kat dia . Beliebers , jangan marah aku . Chill okay :)


Dah bosan bosan takde keje ni , aku punn search la kat google , ape pasal laaa orang minat sangat kat budak ni . Tahap fanatik pulak tu . Bieber fever semuaa ada , package lengkap gituu . ( Nampak sangat aku takde keje , kan :D )  Nak tahu kenapa diorang ni suka tahap gaban kat JB ni ? Jom cekidout .


Babyface
Hmmm ramai yang kata diorang minat mamat ni sebab muka babyface . Alaaaa , David Archuleta aku tu pun babyface jugekk . Bila diorang cakap JB ni ada girly voice . Fine , David Archuleta takde girly voice . HAHAH .


Tak cukup umur
Hehh , ada jugak yang cakap ketidakmatangan JB ni buat orang minat dekat dia . Nampak menarik gituuu . Apa yang dia buat semua nampak comel . Hmmm , malangnya aku tak tertarik pulak kat dia ni .


Multitalented
Haa , alasan yang ni boleh di pakai . Pandai menyanyi dan menari . Dia pandai main gitar , piano , drum . Dia bagus dalam bersukan , boleh main hockey dan basketball . Menurut peminat dia , JB ni boleh selesaikan rubic cube kurang daripada dua minit . Yang ni aku tak tau la . Kehkeh .


Okay sekarang nak tanya korang kenal tak siapa ni ?



Alaaaa , Lee Minho yang HOT tuu . Yang berlakon dalam boys over flowers tu . Memang laa dalam drama tu rambut dia kerinting kerinting macam roti gulung , tapi sebenarnye tak pun ^.^


Apaaaa ? Tak kenal ? =.=' Okay okay . Yang ni mesti korang kenal punyaaaa . 



Kenal kan ? kan kannnn . Kalau tak kenal memang noob . HAHAHA . main main je lahh .


Nak cakap aku ni kipas-susah-mati artis korea , tak jugak , adaa ramai lagi kat luar sana lagi gilaa korea . HEHE . Tapi kira aku tergolong jugak laaa , cuma aku ni lebih minat kat drama drama korea . Lagu korea pun layannn jugak . HEHEH . Aku start minat dekat artis korea ni masa darjah tiga , masa tu minat gila tengok drama korea . Time tu cerita Winter Sonata la yang famous gila . Jang NaRa pun famous gak time tu . Lepas tu aku stop kejap . Masuk sekolah menengah , kawan kawan aku pun menggila tengok drama korea , time tu laa minat balik nak tengok cerita korea ni . Pagi pagi sebelum kelas start mesti diorang ni review cerita yang dah tengok malam tadi , kira buat ulasan macam tu laa . HAHAH . Lawak betul :D Masuk form three , music Kpop dah start melanda , sampai la hari ni .


Budak laki selalu tanya apesal perempuan ramai sangat minat artis korea . Diorang cakap artis lelaki korea macam sotong je . Berani sungguh cakap macam tu . Sumbat selipar baru tahu . Panas ni . Ngehngeh . Okay sekarang ni aku nak bagi sebab kenapa gegirls suka band , actor , actress dari korean ni .


Artis lelaki : kacak
Alaa macam korang  jugak laa , mesti suka tengok orang kacak kacak . kan kan :) Kalau korang tengok la , mostly artis korea ni handsome belaka woo . Tengok je laaa boyband korea tu . Smart gila . Jangan nak cakap muka diorang macam perempuan ehh , jealous la tu tak sekacak diorang  :D


Artis wanita : cantik gilaaa
Kalau sebut pasal yang ni , first thing yang melintas kat fikiran aku , Girls' Genaration a.k.a SNSD . First time kot aku minat kat group perempuan . Jangan nak cakap aku les , belambak la yang minat diorang . Muka cun gilaa , nasib baik boleh nyanyi . Korea superstar , ranking number satu beb ! WHOAAA :O


Kecomelan mereka
Kalau orang melayu buat buat comel macam artis korea , apa pandangan korang ? Macam gedik je kannn . HAHAH . Tapi artis artis korea buat muka comel tak gedik pulak aku rasaa . HAHAH . Comel gilaa ada laa . Pelik betol , kan ? :D


HEE . Kalau ikutkan aku tak ada reason yang munasabah lagi kukuh kenapa aku minat artis korea . Lain orang lain laa taste dia kan . Bergantung la kat orang tu nak minat artis mana . Hak dia bukan hak kita . Bukan apaa , kebelakangan ni aku tengok ada yang sampai mencarut carut sebab ramai orang minat si bieber ni .  Tak baik sungguh ! Aku tulis entry ni bukan untuk kutuk Justin Bieber ke apa . Jangan ambik kesah sangat okay . BELIEBERS , ampunkan aku wehhhh :( Aku bukan hater , aku cuma tak minat dia . Kenapa lain orang lain citarasa ehh ? Macam unsolved mystery pulak aku rasa :D


psstt : JB - justin bieber or jonas brothers ?