»

Road Users

Friday, 15 April 2011

Letakkan diri anda di dalam kasut saya .

Assalamualaikum ,

Aik , macam pelik je kan tajuk entry ni kan . Main suka hati je translate idiom tu dalam bahasa malaysia . Kehkeh :p Sebenarnya tajuk entry ni takde kena mengena sangat pasal apa yang aku nak cerita . Tapi masih berkaitan dengan kasut . Hehehe :) Aku cuma nak show off collection kasut aku ni . Haa tatap la korang .





Ni haaa ada lagi , tak muat dah rak , letak kat depan rumah je . Tengok ni , tengok ni .




Amacam ? Perempuan perempuan dekat luar sana tu jealous ke ? HAHAHA . Memang saje pun nak buat korang jealous . Okay fine , aku gebang je . Aku takde la kasut sebanyak ni okay . HEHE .


Sebenarnya aku nak cerita pasal beli kasut . Dari zaman sekolah rendah , naik sekolah menengah , dah habis sekolah , selalu je problem ni ada tiap kali nak beli kasut . 


Sekolah rendah , time beli kasut sekolah :
Bang nak saiz ni .
Lima minit kemudian ....
Sorry dik , dah habis stock .
-.-


Time raya , yeay , beli kasut raya ! :D :
Kak nak saiz ni .
Lima minit kemudian ....
Sorry dik , dah habis stock .
-.-


Sekolah menengah , beli kasut sekolah :
Saiz ni ada ?
Kejap ye cik .
Empat minit setengah kemudian ....
Maaf cik , dah takde saiz .
Hmm -.-


Dah habis sekolah ,
Ehh cantiknya kasut ni .
Try try ,
Cik , bagi saya saiz **
Tiga minit kemudian ....
Maaflah cik , saiz ni je yang tinggal .
Errrr -.-


Apa punya malang la aku ni . Time beli kasut selalu je takde saiz laaa , habis stock laaa . Kenapa ehh ? Mungkin aku beli peak time , musim sekolah dah nak start ( tu zaman sekolah ) atau time dah nak raya , last minute punya shopping . Kalau masa sekolah dulu , nak beli kasut sekolah selalu je ada problem . Dah la aku ni cerewet , lepas tu takde saiz pulak , memang payah la alamatnya . Kalau dalam mall tu satu dua kedai je ada jual kasut sekolah , lagi la payah . Kena pegi tempat lain . Time raya pulak lagi satu hal . Punya la berjam jam pilih kasut , sekali dah pilih takde size jugeekkk . Hampeh . Penat mencari tahu -.-''


Ingatkan dah habis sekolah ni , beli time time biasa takde prob nak cari saiz . Hmm , pun sama je . Ape ramai sangat ke yang sama saiz kasut dengan aku ? Pelik betol . Aku search kat google , rupanya ramai jugak yang ada masalah macam aku . Rata rata pakai saiz 6 atau 7 . Hehh , kantoi dah saiz kasut aku . Jangan nak perli perli lah saiz kasut aku ehh , kira okay laa dengan ketinggian aku ni -.-


Bagi wanita-s atau gadis-es kat luar sana 
yang mengalami situasi yang sama , 
ladies , we are on the same boat :) 
Aku ingat aku sorang je 
yang ada problem macam ni . Heheh .


Psss : 
Baru aku tau saiz kasut lelaki dan perempuan tak sama . HEE . Jangan nak perli perli aku tau .