»

Road Users

Monday, 11 April 2011

Untunglah dia .

Mesti korang selalu dengar atau cakap ayat ayat ni kan ,
' Whoa :O Best gila jadi macam dia . '
' Untung nya jadi dia '


Kan kan . Biasa lah tu , bila kita dengar member kita dapat A+ lurus dalam SPM , dapat kereta Volkswagen Polo dari bapak dia , dapat durian runtuh berjuta juta rupiah mesti ayat macam tu keluar dari mulut . Aku pun macam tu gak , pantang tengok orang cantik cantik mesti cakap , cantiknya , untung jadi macam dia , tak pun tengok orang lain muda muda lagi dah ada kereta mahal , purse berkepul kepul duit , untung nya jadi anak orang kaya ,


Okay , aku nak share dengan korang beberapa orang yang aku rasa beruntung sangat sangat kalau dapat jadi macam diorang .


Yang pertama sekali aku rasa beruntung sangat ,

TUN DR. MAHATHIR 



Lupakan segala isu politik . Kenapa aku rasa beruntung dapat jadi macam beliau ? Bagi aku Tun ni seorang yang sangat berpandangan jauh . Lebih tepat lagi , sangat sangat berpandangan jauh . Tak semua orang macam beliau ni . Beliau bukan je dah berjaya selamatkan negara kita daripada jadi mangsa kegawatan ekonomi 1997 , malah beliau dah bawak macam macam pembaharuan dekat Malaysia ni . Tengok lah , macam macam kemajuan yang negara kita dah capai sekarang ni kan ?


Yang kedua ,
HIJJAS KASTURI



Mungkin ramai yang tak berapa kenal empunya nama ni . Haa beliau ni laa arkitek tersohor bukan sahaje kat Malaysia , malah di mata dunia . Beliau ni la aku jadikan salah seorang idola aku . Kalau korang nak tahu , Hijjas Kasturi ni lah yang mereka bentuk menara Telekom , menara Maybank , Pusat Konvensyen Putrajaya , bangunan Tabung Haji dan banyak lagi lah . Beliau ni jugak salah seorang arkitek yang terlibat dalam pembangunan di Mekah . Nak list satu satu memang payah la , banyak sangat . Kenapa aku rasa beliau ni beruntung ? Pasal beliau seorang yang sangat kreatif . Menara Telekom tu dia dapat inspirasi daripada rebung , Pusat Konvensyen Putrajaya tu pulak daripada keris . Unik kan ? Ciri ciri kebangsaan dan pembangunan dapat di satukan dalam sebuah binaan . Hebat kan idea beliau ?


Yang ketiga ,

KATIE HOLMES



Siapa yang tak kenal si cantik ni kan . Dah la cantik , dapat laki hensem pulak tu . Walaupun Tom Cruise tu dah ada banyak tanda tanda penuaan tapi still kacak lah . Anak diorang pun comel je . Tengok baka lah kan . Untung jadi orang cantik . Untung , untung .


Yang keempat , 

JUSTIN BIEBER



Haaaa , yang ni lagi la famous . Muda lagi dah famous , kaya raya pulak tu . Memang sangat untung lah . Okay aku tak minat dia , nak cakap aku menyampah pun tak jugak . Aku tak tahu kenapa dia ni jadi pujaan ramai . Sampai kan dia ni potong rambut pun kecoh kecoh satu dunia . Beliebers , peminat dia tu sanggup rempuh lautan orang semata mata nak salam dan ambik gambar dengan dia . Hebat betul penangan JB ni . Masyyyukk betul dia  .


Yang kelima ,

ADI PUTRA



Korang ingat lagi tak siapa dia ni . Bukan Adi Putra pelakon tu , tapi Adi Putra si genius Matematik . Dasyat betul dia ni . Kecik kecik lagi dah pandai geliga jawab soalan matematik . Soalan high level pun boleh jawab  . Aku yang dah besar panjang ni nak jawab soalan add math pun dah terkebil kebil . HAHAH . Memang dasyatlah . Beruntung betul orang yang dapat kurniaan macam ni kan ?


Sebenarnya ada lagi yang aku nak list . Taylor Swift , J.K Rowling . Tapi tangan ni dah malas nak menaip karang panjang berjela pulak entry ni plus aku malas nak fikir ayat yang sesuai . Maklumlah BM aku tak sehebat mana . HEHEH . Macam mana untung pun aku rasa diorang ni , aku tetap rasa bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni :)


Korang pulak macam mana ?
Ceciter , ceciter :D


Kengkadang aku rasa beruntung jugak jadi macam bola pasal ramai yang berebut rebut nak dia . Tapi yang tak bestnya asyik kena sepak sepak je kan . HAHAHA :D