»

Road Users

Tuesday, 24 May 2011

Chilling Out :D

Yes, chilling out lagi HEHEH .

Misi keluar kali ni tak lain tak bukan tengok Nur Kasih The movie laaa macam yang aku harapkan. Kebetulan Mell takde class hari ni, so apaaa lagi movie bebeh. HAHA . Ehh bukan berdua je , tapi berlima with Nissa , Sue and Zul :)


Lepas ambik ticket kat counter reservation, tak tau nak pergi mana terus pergi cari port nak makan, bantai je lah. Nak cakap breakfast tak jugak, nak cakap lunch tak jugak sebab belum pukul 12. Hehs. Yang penting perut kasi isi XD Lepas habis makan pun tak tau nak pergi mana, nak tunggu sampai pukul 1.25 petang. So pergi la guardian jap dengan Mell, sementera yang lain pergi withdraw duit kat sebelah tu. Ni bajet nak beli foundation la ni ( cehh muka dah penuh jerawat segala bagai baru nak cari semua ni . Dulu kerek gila cakap tak perlu semua ni HAHAH ) Tup tup Mell hilang pulak dah, pergi mana tah dia. Yang aku ni pulak dah tau nak cari benda benda macam ni, ajak dia, mana la dia reti heheh. Nasib baik sue datang lepas tu :D


Last last lepak-ing sekejap dekat MPH . Kononnnnn je nak tengok buku padahal buat keje lain HAHA .



Ehh mana ada ambik gambar je maaa, belek buku sambil baca pun ada laaa. Yang bodyguard laki dua orang tu lepak kat luar buat apa tah . Yang kitorang kat dalam ni pulak tak hengat pasal dua orang tu HEHEH . Biasalah kalau besties keluar sama sama. Pasrah je Mell dan Zul ikut kitorang bertiga ni. HAHAHAH .


Ntah kenapa tah tetiba keluar je dari MPH, Nissa dan Zul merajuk merajuk pulak . Apa kes tah . Sorang jalan depan , sorang jalan belakang . Kitorang bertiga kat tengah tengah ni pulak jadi serba salah. Habis MPH , pegi tengok lanun pulak HAHAHAH . Ntah hape laa Sue tu , topi budak budak Pirates of the Caribbean tu pun dia nak jugeeekk. Layan je la kawan aku ni. Last last benda tu tercicir mana tah haha.


Nur Kasih time. Sedih kot cerita tu. Bergenang je air mata aku tahan tahan, Sue kat sebelah aku tu meleleh terus air mata. HAHAH. Aku still boleh control la pasal ada spolier kat sebelah kanan ni ha. Part sedih je mula la tanya aku nangis ke tak lepas tu gelak gelak kan aku pulak. Tahu la dia ngantuk layan tak layan je cerita tu. Siapa suruh main futsal malam semalam. Heh. Lepas habis je cerita nak pergi solat jap. Tengok tengok, haii, baik pulak dah Nissa dengan Zul ni. Bila dah berbaik, jalan tak ingat pulak kat kitorang yang kat belakang dia ni. KEKEKE .


Okay dah habis semuanya, jalan jalan sekejap and singgah mcD sekejap . Then off , balik la apa lagi. HEE :) Snap snap lagi XD

Tah kenapa tah aku senyum lebar gila time ni HAHA .
Maria Elena enough ? HAHAHAHAHA .Snap kat mana mana pun bolehhhhh XD byebye my grey mystic contact lens :(
Zul , Nissa and Sue :)

Mell , Sue , Nissa , Zul . Thanks korang :)
Okay goodnight :)