»

Road Users

Friday, 13 May 2011

Haluan .

EHH bila kali terakhir aku update blog ?

OHH sabtu hari tu ?

Alaa baru je lagi ( Hands on the chest , eyes look at top ~ )

Sorry la aku bukan blogger tegar yang sentiasa update blog ,

Nak nak pulak blogspot ni ada problem dua tiga hari ni .

Terbantut aku nak post entry ni .

I don't look for fame .

Apa yang ada kat blog ni , it is just a confession ,
about myself , what I like and dislike .
bukan untuk menarik minat sesiapa :)


Haluan . 

Hmm , bila umur dah bertambah masing masing akan buat haluan sendiri . Betul la tu . Orang cakap bila kita dah habis sekolah , bermakna dah sebelah kaki kita steps into a real challenging world . Giteeewwww . HAHA . Bila kita dah habis belajar kat university , college , dah tiba masa untuk kita cari kehidupan kita sendiri tanpa bergantung pada sesiapa . Ada jugak yang cakap , kalau kita dah habis sekolah tu maknanya kita dah sepenuhnya berada in the real world . Tapi bagi aku , selagi aku masih belajar selagi tu la hidup aku masih bergantung dekat mak abah . 


Perkara yang aku paling tak suka ialah berdepan dengan suasana yang baru . Seriously tak suka . Aku tak tau kenapa . Mungkin sebab aku ni clingy person , kena ada orang yang aku biasa di sekeliling aku . Maknanya imma not independent girl . Susah la jadi orang macam ni . Bila berdepan je dengan susasana macam ni aku jadi awkward . 


Dan aku tak suka bila tiba masa untuk kita bawa haluan masing masing . Mesti ada perasaan sedih . Normal la tu kan ? Seriously memang tak suka -.-  Tapi nak buat macam mana . Sooner or later mesti berpisah  jugak . Sekarang ni semua SPM leaver tengah siap siap , masing masing busy sebab tak lama lagi nak sambung belajar dah . Kawan aku , ada yang akan fly to france within six weeks tak silap aku . Ada yang dapat JPA sponsorship pergi Korea , Jordan , New Zealand . Penat tunggu result JPA bertangguh tangguh . Last last keluar jugak malam tadi . HAHA . Kawan kawan MRSM aku tunggu result dari MARA . What about me ? Pergi UM je lah . Study kat Malaysia . Alhamdulillah at least ada peluang jugak aku sambung belajar . Nasib baik ada tiga orang member aku confirm join aku kat UM nanti . Yang empat ketol tu tak tau lagi . NGEHNGEH .


Lepas ni makin jarang la jumpa kawan kawan sekolah , mana yang dapat sama tempat tu kira okay la . Yang dapat jauh jauh tu memang susah nak jumpa . Yang belajar seberang laut tu laaaagiii susah nak jumpa . Ntah ntah  setahun sekali pun tak dapat nak jumpa jugak :( 


Dulu masa lepas UPSR naik form one , tak terasa sangat bila kawan kawan pergi masuk asrama . Sebab time tu ramai lagi yang tak nak masuk asrama macam aku . Tapi lepas PMR , bila budak kelas aku ramai gila yang pergi masuk SPB , MRSM . sedih gilaa woo . Time tu tinggal empat orang je geng aku . Tak lama lepas tu dapat second intake masuk MRSM . Sedih jugak la sebab bestfriend aku tak dapat . Sekarang ni , sekali lagi aku berdepan dengan perkara yang sama . Tapi kali ni , hala tuju semua orang memang lebih jauh . Ada sekali tu aku cakap kat Mell yang aku sedih bila orang nak belajar jauh jauh ni . Tapi jawapan dia menghampakan :( Memang la rasa sedih semua tu sekejap je , tapi selama mana pun kita jauh dengan besties kita , kita tetap akan rindu dia . Tak tau la kalau orang lain tak rasa macam apa yang aku rasa . 


Nanti lepas tiga hingga lima tahun , lagi sekali kita akan bawa haluan masing masing . Time tu ntah kita ingat lagi tak kat member member lama . Ada yang dah bertunang la , kawin la , beranak pinak HAHA . masa tu laa terkenang balik masa kat sekolah dulu selalu tanya kawan kawan ' macam mana la agaknya bila kau dah kawin nanti ' :D Tapi yang sebenar benar haluan ialah selepas kematian kita . Kalau hidup kita kat dunia ni tersalah haluan boleh lagi kita perbaiki . Tapi kalau haluan selepas kematian kita , sendiri yang tanggung la . Manusia lain pun tak boleh tolong . 


This is life .
Peace be upon you :)