»

Road Users

Monday, 2 May 2011

Pantang Larang .

Assalamualaikum :)

Abah aku cakap , 

' Sekarang kakak dah besar , ( besar laaa sangat , Kau jangan nak jealous aku dah 18 . HAHA ) , abah dah taknak tengok dah kakak main redah je suka hati nak pakai apa bila nak keluar . Nak dress up boleh , tapi ... '


Maka , abah pun bagi la beberapa pantang larang beliau kat aku . Sebabnya adik aku dah sepuluh tahun . Dia nak aku jadi contoh yang baik kat adik aku . Taknak la Sarah tu ikut yang bukan bukan .


First ,

Abah : No skinny jeans .
Aku   : Okay . 


Bagi aku , ni bukan a big problem . Pasal aku memang tak pernah dan tak akan pakai skinny jeans . Kalau keluar rumah pun biasanya aku pakai jubah dan baju kuurung . Okayy aku tipuuu . haha . Sebab apa aku taknak pakai ? Sebab aku takut bila aku yang pakai nanti orang cakap ada tiang bergerak . ( Ciss , tahu la aku kurus nak jealous pulak ) HAHAH . Orang macam aku memang tak sesuai pakai kot . Ermm , tapi fit jeans aku still pakai .  Kalau ikutkan tak sepatutnya laa aku pakai . HEHEH . Tapi kalau pakai aku match la dengan top / dress labuh .



Second ,

Abah : No more short sleeve top .
Aku   : Aaaaaa , okay .

Yang ni mungkin ada problem sikit . SIKIT je okay . Biasa kalau pakai short sleeve , aku pakai inner , tak pun pakai cardigan kat luar . Yang jadi problem , third quarter sleeve. Mostly baju aku lengan tiga suku . Dulu abah tak penah kesah pun , lagipun mak jugak yang selalu pilih pilih kan baju . Habis tu baju apa je yang aku boleh pakai . Nak pakai handsock dengan baju tu ? Macam pelik je aku rasa .


Aku : Tapi abahh , baju kakak bukannya belambak sampai tiga empat almari . Kalau reject baju baju tu semua , apa je laa yang tinggal .
Abah : I said NO MORE okay . bagi orang je laa baju tu . 
Aku  : Fineeeeee .
 

Third ,

Abah : Tak perlu laa nak pakai bangles , bracelet , necklaces semua tu . Tak payah nak ikut ikut orang sangat . Don't overdo but keep it simple .
Aku  : No problem .

Bagi aku laa , memang nampak cantik bila pakai semua tu but those are unnecessary . Tak perlu nak berlebih lebihan . Dua sebab kenapa aku tak suka . First , merimaskan . Second , membazir . Lebih baik aku makan banyak banyak daripada beli semua tu . KEHKEH . 



Fouth ,

Abah : Pakai tudung tu pakai elok elok . Jangan jadi macam sesetengah makcik tu , pakai tudung tapi nampak leher . Apaa pakai tudung tu nak cover rambut je ke ?
Aku  : Abah , dulu mak dengan wan ( nenek ) pun penah pakai macam tu kan ? HAHAHAH . 
Abah : Err , tu dulu laa . Haa , lagi satu . pakai tudung jangan sampai nampak rambut . Apaaa pesenn la budak sekarang ni pakai tudung , selendang tapi nampak rambut . Serupa tak payah pakai . Pakai tudung tak pakai inner scarf orang nampak jugak rambut tu . 
Aku  : Okay boss , tak buat punyaa .


Fifth , 

Abah : Ni pasal tudung lagi . Kakak kalau pakai tudung jangan nak ngada ngada buat sanggul besar besar macam Sh****** **ni tu . Pelik laa . Kenapa laa ada stail macam tu . Ingat cantik ke apaa kalau besar macam tu . Macam busut je . Lagi kena kutuk dengan lelaki ada laaa . ( Okay pedulikan abah aku memang kuat perli orang . HAHA )
Aku  : Wooo , tak pernah buat . Haha . 


Haa , aku ada satu cerita pasal benda ni . Masa tu aku pergi kelas amali kereta . Cikgu Ali botak tu mulut dia memang main lepas tu . Gelak sakan la aku dalam kelas tu . Time tu Cikgu Ali nak tanya soalan .
 
' Haaa , nak tanya siapa lagi ni ehh . Okayyy . Aku nak tanya kau yang pakai tudung biru tu , si otak besar mesti boleh jawab punya . '

Dalam hati aku siapa la otak besar yang dia cakap tu . Aku pun pandang la arah mana dia point sambil tu dia pergi jalan ke arah orang tu . You know what , orang yang dia point tu , sebaya ngn aku rasanya . Budak tu pakai shawl and bersanggul tinggi . WHATTT . aku rasa kesian pun ada , nak tergelak pun ada . Makanya aku pun cuba la sedaya upaya menahan gelak bersama member di sebelah . HEHE .


Entah kenapa tetiba je abah care nak cakap pasal semua ni . Mungkin disebabkan faktor penuaan kot . HAHA .  Aku takde bantahan terima je semua tu . Bukan nak cakap aku baik . Bagus sangat bab macam ni . Still learning . Cuma sekadar renungan bersama . Maaf kalau ada yang terasa .


Psssss :
Susah betul nak kawal tangan daripada menaip panjang berjela . Hmmm .