»

Road Users

Thursday, 19 May 2011

Tension on Thursday ( Part One )

Kenapa hari hari aku post ni ? Macam banyak sangat cerita pulak aku ni . HAHAH .

Kau Stop Membebel Boleh Tak ?

Aku rasa hari ni hari yang banyak konflik . Pagi tadi pergi belajar kereta . Kelas yang last sebelum pre-test . Kalau failed pre-test ni , memang tak boleh ambik test JPJ la jumaat nanti . Makanya aku pun macam biasa la , setiap pagi sebelum mula kelas harap harap dapat cikgu yang okay sikit ajar aku . Sebelum ni pernah belajar dengan dua orang je cikgu , sorang tu macam berumur la , tapi tak tua sangat , orang panggil dia Cik Rosli . Sorang lagi dah tua dekat dekat taraf atuk dah tu , orang panggil dia Wak .


Selama aku belajar ni , selang seli Cik Rosli dengan Wak ajar aku . Dengan Cik Rosli ni best sikit dia suka sembang sembang , jenis tak marah marah . Yang dengan Wak ni pulak . Dia tak marah marah jugak . Tapi dia ajar orang bajet macam aku ni dah pro bawak kereta . Nak dijadikan cerita , disebabkan aku kena pegi hospital jugak hari ni , so aku pun ambik la kelas pukul 10 . Dangg ! Dah sampai sana baru aku tau hari ni Wak ajar aku . Aku ni punya la berharap Wak gatal tu tak ajar aku -.-


Aku pun bawak la kereta tu kat jalan luar , okay je la takde problem apa pun . Yang Wak ni pulak dok membebel cakap aku bawak laju sangat la , tak pandang side mirror la . Kepala lutut dia aku bawak 60 km/h je kot , cuma time selekoh tu macam terlebih laju pulak . Heheh . Side mirror aku pandang apa , selamat je kot masa nak tukar lorang , lori tu jauh lagi kat belakang tu . Tu pun nak bising ke . Aku buat bodoh je . Asalkan aku tak bunuh kau Wak .


Aku tak tau pulak kalau pre-test separuh route je . Then masuk ikut pagar belakang . Selama ni masa aku bawak kereta kat jalan raya , tak pernah perasan pun kat mana pagar masuk yang belakang tu . Tak ambik port la . Lepas tu Wak tu suruh masuk pagar belakang . Aku pun cakap la aku tak perasan sangat pagar belakang tu dekat mana . Tak boleh nak agak la bagi signal bila . Aku pun tanya la Wak tu . Apa dia jawab ? Haa , jalan je la  . Dalam hati aku , ngek ke apa Wak ni , aku mana la tau . Ce tunjuk ce tunjuk . Aku pun slow la kan kereta ibarat seorang pemandu yang berhemah , konon nak mengenalpasti jalan la ni . Sekali Wak tu cakap , nak pegi mana ni , belok la cepat ( Dengan loghat jawa dia tu la ) Kelam kabut la aku , time tu la nak bagi signal segala bagai . Lepas tu dia marah pulak aku bagi signal lambat la , itu la ini la . Laaa dah kau tu aku tanya tadi taknak cakap siapa suruh . Dia ni bukan nak cakap awal awal kat aku ke apa . At least untuk first time bagi la tau . Kalau tak apa function kau sebelah aku ? Menggatal je lebih . Aku tanya taknak jawab . Membazir duit mak abah aku je -.-


Time parking pulak satu hal . Wak ajar lain Cik Rosli ajar lain . Pening dah aku . Masa aku belajar dengan Cik Rosli tu minggu lepas , aku terkena pulak tempias kemarahan beliau terhadap Wak . Aku tak tau dia marah Wak pasal apa , first time kot dia marah macam tu . Selama ni rilex je . Dalam dia marah marah tu sekali terpacul pulak ayat ni dari mulut dia . ' Wak tu mulut je bising lebih . Ajar nya tak sangat , murid dah buat silap baru nak bebel . Menggatal je lebih ! ' HAHAHAH . Yang tu memang aku setuju kot . Time tu aku ikut cara Wak tapi macam apa tah . Tak boleh nak parking jadinya . Aku ikut la cara Cik Rosli . Pagi tadi pulak aku ikut cara Cik Rosli , Wak tu pulak yang bising bising . Aku fed up  , so bantai je lah . Aku ikut angin aku sendiri la . Kau nak marah aku Wak ? aku bayar kau okay so ajar elok elok . Tapi takde la aku cakap macam tu kat dia nampak sangat kurang ajar kan . HAHAHA . Makanya , aku pun main bedal ikut cara Cik Rosli . Boleh je parking , okay apa . Cuma masa reverse aku tayar belakang terkena atas line putih . Tu pun Wak nak bising ke . Aku practice lagi nanti okay la . Haishh .


Sumpah seranah aku dalam hati masa nak habiskan kelas tadi . Ingat aku ni apa , robot ke , semua benda boleh terima . Robot pun tak boleh terima tahu tak . Memang sumpah dah aku taknak belajar dengan Wak tu lagi . Buat sakit hati ju . Lu bikin gua panas je . Kalau aku failed nanti memang sengal la .