»

Road Users

Thursday, 19 May 2011

Tension on Thursday ( Part Two )

Ni hal orang dewasa , aku tak tahu apa apa .

Lepas je Zohor , Abah terus bawak aku pegi Shah Alam , nak buat medical check up . Hari Isnin hari tu , memula pergi SALAM , tanya dulu harga . Mak datok , RM250+ . Ingatkan terlampau mahal . So pergi la DEMC . Pun sama jugak harga , tapi nak buat medical check up kat sana hari selasa dengan khamis je boleh . So kitorang pun pergi KPJ .  Masa tu nurse tu cakap harga RM208 tak termasuk Rubella . So overall mungkin dalam RM250 plus minus . Tapi dia cuma bagi rough counting je . Alaa kalau dah lebih kurang je semuanya baik buat je kat KPJ , elok sikit buat kat hospital . Tapi time tu sebab ramai orang , aku ajak abah pegi bukak account dulu  . Lepas tu dah tak sempat nak buat hari tu jugak . So tadi pegi la buat medical check up tu sekejap .


Kat sana , terjumpa la anissa . Masa aku masuk balik kat tingkat satu tu tetiba ada orang panggil panggil aku . Aku bukak spec time tu , tudung dah selebet dah lepas buat chest x-ray . Tu yang malas nak pakai . Ohh nissa rupanya . Apaa lagi , jumpa member mesti la sembang tak berhenti . Then dia tetiba cakap , ehh Mell kau tu dia cakap dia kena datang appointment hari ni . Tak tau dia dah pergi ke belum . ( FYI , diorang sama sama buat preparation kat INTEC ) OMJayy . mintak mintak jumpa dia HAHAHA . ehh tudung selebet selebet pun nak jumpa dia gak ke . Peduli apaaa . HAHAH . Enough said . Kau sehari satu entry kau tak cerita pasal Mell boleh tak Nadia ?


Semua dah settle tunggu buat pemeriksaan fizikal je la . Aku sangsi sikit dengan doctor tu masa dia check aku . Nak je cakap , 'Doctor , are you examining me ?' Sebab apa , dia check tu serupa tak check tau tak . Macam style style aku main doktor doktor masa kecik kecik dulu . Lepas tu boleh pulak dia cakap chest no problem , padahal dia tak keluarkan pun x-ray film tu , dia cuma intai macam tu je . Nak je aku tambah , 'Doctor tak nampak ke sebarang keganjilan kat backbone saya ?' Masa form four aku ada buat chest x-ray . Time tu backbone aku belah bawah tu senget gila . Dan doctor memang tak kasi aku angkat benda berat berat yang melibatkan penggunanan backbone aku . Tapi takkan la dalam masa dua tahun tulang aku jadi normal ? Pelik . Tak tau la sebab aku pun tak tengok result dia tadi .


Lepas dah habis semua tu , abah pun pergi la bayar kat counter , time tu aku melangok kat depan waiting room tengok cerita MariMar kejap . Tetiba aku perasan handset aku tak bernyala . Deng ! OMJ . Macam mana pulak lesen aku ni boleh terselit kat celah slide phone ni ? Ingat tempat punch card ke apa . Akibatnya , phone aku koma di situ . Baru je nak pergi kat abah tetiba dengar la pulak suara abah , nak kata dia tengah marah tak jugak , nak kata biasa biasa tak jugak . Lepas tu dia cakap kat nurse tu , ' Tak boleh , cara kerja awk salah ' Aku pun tak faham apa . Lepas abah keluar tu aku tanya la kenapa . Abah cakap , bil sampai sampai RM350 lebih , dekat RM400 dah ni . Apa kess . Masa mintak quotation hari tu dia cakap around 250 .


Aku ingat dah settle , sekali turun bawah dia buat report pulak kat management . HADOI . Kan dah bayar apa abah nak ni . Sampai jumpa manager pulak tu . Start kitorang pindah Puncak Alam sampai sekarang ni , kalau sakit semua pegi hospital ni , kecuali sakit sakit biasa tu la , takkan hal ni abah nak sampai nak buat aduan kot .


Lepas tu baru aku faham . Abah buat aduan tu pun sebab nak pertahankan hak . Yelaa , kalau fikir fikir balik , hari tu nurse tu cakap RM250 .  Tempat lain pun lebih kurang , lebih baik buat kat KPJ je berbanding buat kat tempat lain .  Dah tu masa bayar tetiba jauh melampau pulak tu dengan harga yang dia sebut tu . Lebih kurang seratus jugak la beza dia . Abah cakap , buatnya kalau tadi dalam tangan dia ada tak sampai RM300 macam mana ? Tak ke naya namanya tu . Kalau tau harga dia sampai dekat RM400 , tapi result sama je keluar lambat jugak , lebih baik pergi tempat yang murah . Lepas tu service pun tak cekap , masa datang tadi dengan nurse sorang busy buat kerja dia no greeting at all , india india kat waiting room sebelah memekak melalak macam kat pasar malam tak boleh nak control , service memang out la . 


Abah cakap kat manager tu lagi , ni bukan isu mahal ke murah bayaran dia , standard la nama pun hospital swasta , tapi apa yang kita bayar kita sepatutnya dapat service selayaknya la . Bayar mahal mahal tapi sama level dengan hospital kerajaan je , mana boleh macam tu . Bukan nak perlekahkan hospital kerajaan ke apa , tapi hospital kerajaan kita tak perlu keluar duit beratus ratus macam tu , so terima je lah macam mana service hospital kerajaan sekali pun . Ini hospital swasta , patut profesional la . Mintak quotation cakap RM250 , ni bila bayar pertambahan harga tu melampau . Kalau RM400 cakap awal awal RM400 , no problem . Kalau awal tanya lain harga , bila bayar lain harga , siapa tak terkejut . Kalau tak dapat buat precise quotation sekali pun , sepatutnya anggaran dia tak lari jauh macam ni . 


Nasib baik lah abah tegur cara elok . Tapi nak settle kan semua hal tu sampai lima petang . Ngantuk gila kot tunggu . Susah betul kalau kerja jadi orang yang jaga kewangan Canon ni . Semua perbezaan duit dia take note . HAHA . Okay la , at least masa akan datang staff kat KPJ tu takde la buat kerja sambil lewa . Kalau aku jadi abah la , maybe aku bayar tapi aku akan marah marah dan bebel bebel sampai la ke rumah . Tak terfikir kot nak buat report kat management . Tapi abah tak , dia bayar then dia buat report . Supaya masa akan datang tak terjadi lagi perkara yang sma kat dia atau pun orang lain . Bukan nak berkira duit ke apa , tapi faham je la , gaji belum masuk lagi , ni pulak banyak benda kena pakai duit ni . Kena la berpada pada . Lagi satu sebab apa abah tak nak buat kat kerajaan . 


Dulu pernah sekali pergi hospital selayang , mak sakit time tu . Tunggu turn dari pagi sampai dekat dua petang tak kena panggil panggil lagi . Abah tanya nurse banyak kali , doctor tengah buat apa . Nurse tu jawab ada pesakit kat dalam . Last last abah dah bengang dia cakap kat nurse nak jumpa doctor cepat pasal mak dah sakit dah tu . Apa lagi abah pun main bukak je pintu bilik doctor tu . Rupa rupanya doctor tu tengah dok santai santai tak buat apa apa . Bengang la abah 'Doctor , isteri saya sakit kat luar tu boleh pulak doctor curi tulang kat dalam ni . Kerajaan bayar doctor pakai cukai yang kami bayar , bukan untuk doctor rilex rilex macam ni . Memang tak halal la gaji doctor' Hah ambik kau doctor , terkedu kau . HAHAH . Kau jangan main main , abah aku ni strict sikit bab kerja kerja dan disiplin ni .Start hari tu memang abah taknak dah pergi hospital kerajaan .


Panjang gila kot aku taip . Ni mananya essay syok sendiri . HAHA . siapa siapa yang baca sampai habis tu , korang memang rajin la . Kalau aku jadi korang sekerat jalan je aku baca . Okay goodnight :D