»

Road Users

Saturday, 4 June 2011

Asasian

Annyong haseyo :)
Sebelum start apa apa cerita kita breath in breath out dulu .


ASASIAN IN ~
OUT !! XD


Biasalah kalau dah habis minggu orientasi mesti la nak cerita pasal ke-excited-an aku ni kan HAHA. Haluansiswa, tu la nama program orientasi kat UM, ada jugak yang panggil program ni Helluansiswa . Nak tau hell ke heaven baca lah sampai habis.


Kalau nak cerita pasal masa ni, aku rasa orientasi kat mana mana universiti or matrik semua pun sama je, orang akan cakap tak cukup masa la, rushing rushing la. Sama je la macam kat UM ni, aku cuma dapat tidur tiga jam je kot sehari. Habis program pukul satu lebih. Kalau program buat dekat court or dewan kolej, lima minit je nak jalan sampai bilik. Tapi kalau program dekat Dewan Tuanku Canselor (DTC) memang lima belas minit la kena jalan kaki. Lintas sana lintas sini. Dah sampai bilik tu berpeluh peluh mesti la nak mandi, then kemas kemas barang sikit and iron baju untuk esok. Pukul dua, tak pun dua setengah pagi la jawabnya aku tidur. Pukul lima lebih dah kena bangun pagi, takut berebut toilet nanti. Sebelum pukul enam dah kena ada dekat court tennis untuk riadah pagi. Sepanjang minggu ni serabai serabai je aku kot. HAHA.


Bayangkan pukul enam tu dah kena bersenam. Muka semua orang macam panda je aku rasa. Separuh sedar je aku time buat aktiviti tu, time nyanyi lagu negaraku lagi laa, aku sempat krooh krooh lagi HAHAHA. Habis satu program nak ke satu program yang lain memang kena berkejar kejar. Kalau dah lambat tu memang kena basuh la. Masa first, second, third day memang sumpah seranah aku kat program ni. Paling aku menyampah sekali kalau time PP ( pembantu pelajar a.k.a senior ) biro disiplin which was lead by PP Zul dok bebel kat depan masa tengah tengah malam. Dah la tengah mengantuk, panas je hati ni nak tunggu dia stop bercakap. Aku faham la kalau diorang marah sebab orang datang lambat ke buat salah ke, ni pasal sandar kat dinding dewan tu pun nak mengamuk, kalah the hulk, orang tertidur pun dia cakap lembik, lembik, menyampah tahu tak -.- sentap betul. Tau la diorang tu terror sangat boleh sampai tak tidur malam. Hands on chest eyes look at top XD


Some of memorable moments yang memang aku takkan lupa, 

Kena prank dengan bang bang boom team. 
Hari khamis tu ada program taklimat protokol. Yang bagi taklimat tu muka dia sebijik macam orang yang selalu berlakon untuk Bang Bang Boom tu. Masa taklimat yang sebelum sebelum tu lagi aku dah perasan dah dia ni. Aku cakap kat Ana, tapi dia cakap bukan. Tak puas hati ni.  Porgram protokol tu betul betul mendatangkan kesangsian buat aku. Mana tak nya, nak masuk DTC tu kitorang kena jalan terbongkok bongkok tangan cecah lantai serupa beruk berjalan. Then aku perasan ada camera on the stage and in front of the stage. Lapan orang budak lelaki kena panggil naik stage untuk demo cara sambut maharaja Jepun ( tak pasal pasal je kan ? ) And tak pasal pasal kitorang satu dewan kena ketuk ketampi sebab tak tahu cara nak sambut kedatangan raja melayu. Suddenly he stopped the demonstration, katanya nak anounce something. Dia pun cakap la ada antara kitorang ni namanya Huda terpaksa keluar daripada PASUM sebab parents sakit, tak mampu nak biaya dia belajar and bla bla bla. Nangis nangis giteww. That time aku dah agak yang ni prank je ni, then aku perasan kat belakang dewan kat tingkat dua tu ada orang tengah bagi isyarat. Dengg! Tu penerbit Bang Bang Boom kot. Kau ingat aku tak tau ke HAHAHA.


Disebabkan aku dengan member tepi dan belakang aku ni gelak gelak masa tu, tak pasal pasal orang depan aku kata kitorang kurang ajar gila gelak gelak time orang nangis. HAHA. Sumpah lawak, orang lain mati mati percaya, siap bagi derma lagi kot. Ada yang bagi lima ringgit, sepuluh ringgit pun ada. Aku cakap Bang Bang Boom diorang tak caya pulak kan -.- Akak akak PP tu saja je suruh kitorang yang gelak gelak ni pergi depan bagi semangat kat Huda tu. Hello aku tak tertipu tau tak. Haha. Tapi best jugak kan pergi depan depan, muka aku boleh masuk TV hahaha. tapi aku tak pergi. Haa ambik kau sekali Bobo si beruk tu datang dari arah belakang. Terkezut semua orang. Membazir air mata je budak budak yang menangis tu HAHA .

video


Lintas lintas jalan. 
Part ni pun aku rasa fun kot. Tak tau kenapa. HAHA. Beratur kat tepi divider tu ramai ramai, panjang panjang ready untuk lintas. As soon as PP jerit lintas, kitorang lintang pukang lari macam ayam keluar reban smbil jerit WHOOOOO. Haha. Sumpah lawak. Dah la pakai baju kurung dengan kasut sarung. Plus sambil angkut non woven bag yang di penuhi dengan tumbler, files, botol air, sweater, cap last but not least payung yang kononnya dikatakan 'barang amanah'. Pergi mana pun semua barang ni wajib bawak. Kalau PP spotted sesiapa tak bawak mati la kau. Terbaik. Mana mana barang yang diorang jumpa dia akan panggil nama and time tu korang akan famous sebab kena naik atas pentas besar sama ada kena buat sub, menari atau pun kena buat impromptu speech.


Riadah.
Time ni paling best untuk release tension. Segala macam dance kitorang kena buat. Shi shua shua dance yang paling famous. Permintaan tinggi kot. HAHA. Followed by ultraman dance. And the final riadah during last friday evening paling best. Kebetulan pulak hujan so kitorang riadah kat dewan kolej. Program riadah petang tu dah bertukar jadi konsert asasian kot! MUAHAHA. Time ni la semua orang jerit nyanyi meraung time buat sub sampai sakit sakit tekak .


Climax, malam kebudayaan.
Ending minggu haluansiswa ni memang smart habis la. Semu biro disiplin yang selama ni buat muka ketat jadi sporting. The famous PP ever, PP Zul menari wehh kat atas stage! Macam tak percaya . Macam satu rahmat pulak bila tengok dia senyum gelak gelak sambil dancing tu. Hoho. selama ni kau buat la lawak macam mana pun dia tak pernah senyum kot but during that night dia sporting habis la. Ke-gempak-an program tu kitorang the asasian and the PPs je la yang tahu .

HEH . ni la PP zul tu . Macho woo . dari blog siapa tah aku rembat gambar ni . sorry sorry XD
Hot doh budak ni nyanyi XDD


the PPs

shi shua shua time .

maskot kolej kediaman 12

muka macam boleh perah minyak . HAHA . ana, me, emon , squiddy



Overall, nak kata this programme like hell bunyi macam kejam sangat la kan. Actually it was quite fun, dan bertambah fun and fun when it comes to the end. Cuma part kena tengking caci maki hamun tu je la aku tak suka. Tapi standard la kan PP buat pro je tu HAHA. Lagi lagi biro displin buat muka ketat gila gila sampai mati mood orang lain. Minggu haluansiswa ni sumpah best ! :D Memang rugi la aku tak bawak camera ke hulu ke hilir kalau tak boleh ambik gambar banyak banyak. Tapi kalau bawak pun macam la sempat nak rakam part lintas jalan semua tu kan. HAHA.


Pssst :
Kalau ikutkan aku nak join treasure hunt yang PP buat pukul satu pagi semalam. Tapi pukul 11.45 tengah jalan kaki balik kolej family aku dah sampai kat UM :(