Heyy , I passed my pre-test this morning . Gelabah je , ingatkan orang yang test aku tu garang sangat . Yelaa semua yang dah kena uji dengan dia semuanya cakap dia tu garang . Aku masuk masuk je kereta tadi first thing yang aku cakap kat dia 'jangan garang garang kat saya , nanti saya gelabah terus masuk longkang HAHA' Takde la garang mana pun dia tu , rilex je sembang sembang dengan dia . Okay lulus 18/20 . Tinggal test JPJ je next Friday . Mintak mintak la lulus , nanti dah start belajar susah pulak nak mengulang .
Tadi masa aku tengah tunggu turn , tetiba ada dengar bunyi semacam dari sebelah tempat parking semua tu . Semua orang bangun macam batak la nak tengok apa jadi kat situ . Wohooo , ada satu kereta tu reverse berpusing pusing kat circuit tu , habis semua tiang palang dia langgar , ada satu lagi kereta yang tengah buat pusing tiga penjuru tu pun dia langgar jugak . Macam drift kooooot . Lap ke hape tu . HAHAH . Perempuan pulak tu . Agaknya dia gabra sangat nak tekan break tertekan pulak pedal minyak . Free free je aku tengok aksi stunt kat situ . NGEHNGEH .
Lebih kurang macam ni la . HAHA .
Okay next topic .
Semua orang bercerita pasal nak masuk universiti , aku pun tak terkecuali . Baru je lepas balik dari kenduri kesyukuran kat rumah putera . Maybe ni last jumpa sebelum dia pegi france hujung bulan enam ni . Dalam hati ada la jugak rasa sedih sebab tak dapat belajar kat oversea macam kengkawan yang lain . Tapi tak bermakna aku dah putus harapan . Memang aku nak pulun habis la kat UM nanti . Kalau masa SPM belajar cincai cincai je sebab tak minat subject tu subject ni , sekarang dah dapat bidang yang aku minat ni boleh la upgrade tahap kerajinan aku tu . Hehs . UK UK I'm coming ! Orang cakap jangan berharap sangat kalau tak dapat nanti down gila .
Putera Afiq , kau kawan aku yang first bertolak keluar negara dulu . Lepas ni dah jarang la kau call aku kan . Nanti takde dah nak main ukur ukur tinggi lagi HAHA , dah takde dah orang yang suka ajak aku keluar sampai sanggup ambik dan hantar aku balik HAHAH . Dah tak boleh nak perli perli kau dengan scandal kau yang terlalu banyak tu HAHAHAH . Dah berkurang la budak real FC yang tinggal . Dah jarang la dengar cerita poyo kau tu . HAHA . Dah berkurang la orang yang selalu tanya khabar aku . Dah takde la orang yang suka sembang dengan aku time time boring :( Jumpa kau lagi tiga tahun .
Okay untuk kawan kawan yang lain .
Goodluck semuanya .
Yang mana ada kat Malaysia tu
kita jumpa time raya ,
walaupun rasanya raya kali ni
tak semeriah zaman sekolah dulu .
Byebye korang , jangan lupakan aku :)

